Fungsi dan Peranan

Peranan dan fungsi Pusat Sumber Sekolah dapat dirumuskan seperti berikut:

a)    Berkhidmat sebagai agen berpusat untuk memperoleh, menghasil, mengorganisasi, dan mengedarkan bahan-bahan pelajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh atlet murid dan guru-guru.
b)    Berkhidmat sebagai pusat bahan-bahan bagi kegunaan secara individu atau berkumpulan.
c)    Merupakan satu bank yang membolehkan bahan pelajaran dapat dipilih untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
d)    Merupakan pusat perhubungan antara sekolah dengan agen perkhidmatan maklumat lain seperti perpustakaan awam, perpustakaan Filem Negara Malaysia, perpustakaan universiti dan sebagainya.
e)    Membolehkan guru-guru dan atlet murid mendapatkan bahan-bahan yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena mengena dengan bidang pelajaran.
f)     Memberi panduan kepada guru-guru dan atlet murid untuk mencari, memiliki, menghasil dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing.
g)    Menjalankan tugas untuk menilai dari semasa ke semasa bahan-bahan yang diperoleh.
h)   Menentukan bahawa alat-alat yang diperoleh itu adalah dalam keadaan yang baik dan berkualiti serta dipelihara atau dibaiki dari semasa ke semasa.
i)     Menentukan bahawa yang dihasilkan atau yang diperoleh itu adalah selaras dengan keperluan kurikulum sekolah.
j)      Membuat perancangan supata segala peralatan yang diperoleh selaras dengan kehendak zaman serta perkembangan baru dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
k)    Menyediakan alat-alat pendua termasuk alat rakaman dan perkhidmatan sejauh mana yang boleh.

Advertisements
This entry was posted in Maklumat AM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s