Objektif Pusat Sumber SSMS

  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, potensi individu serta sahsiah.
  • Menggalakkan atlet murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
  • Memupuk tabiat belajar sendiri dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
  • Membantu atlet murid dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
  • Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan atlet murid.
  • Melatih atlet murid menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
Posted in Maklumat AM | Leave a comment

Matlamat Pusat Sumber SSMS

  • Memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk insan yang bermaklumat untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Mendedahkan atlet murid dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.
  • Menerapkan nilai dan budaya membaca berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat melalui sumber, perkhidmatan dan pembudayaan pusat sumber untuk mencapai matlamat ilmu sebagai teras pembangunan insan dan intelek seimbang.
Posted in Maklumat AM | Leave a comment

Piagam Pusat Sumber SSMS

  • Memastikan PSS SSMS menyediakan bahan-bahan terkini.
  • Memastikan semua atlet murid diberi peluang belajar dan mendapat kemudahan pendidikan di PSS.
  • Menyediakan dan memastikan PSS kondusif untuk aktiviti pembacaan, pembelajaran dan pengajaran.
  • Sedia berkhidmat dengan dedikasi untuk warga SSMS.
  • Memupuk minat membaca yang tinggi kepada warga SSMS.
  • Sentiasa peka dan resposif terhadap segala pandangan dan teguran yang membina demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan di SSMS.
  • Membantu melahirkan modal insan yang cemerlang dan berpengetahuan
Posted in Maklumat AM | Leave a comment

Misi Pusat Sumber SSMS

  • Menggalakkan penggunaan PSS oleh warga SSMS ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta memperkembang potensi individu dan sahsiah.
  • Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat.
  • Memastikan suasana PSS berada dalam suasana yang selesa, tenteram dan penuh dengan keharmonian.
  • Memupuk tabiat belajar kendiri, membaca dan menyelidik melalui inkuiri penemuan serta penggunaan pelbagai maklumat secara sistematik.
  • Membentuk warga sekolah yang berkualiti tinggi
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Visi Pusat Sumber SSMS

Membentuk budaya ilmu ke arah kecemerlangan warga melalui amalan membaca dan meneroka sumber informasi
Posted in Maklumat AM | Leave a comment

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) ditubuhkan pada November 2012. Pusat Sumber Sekolah SSMS terdiri daripada sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik multimedia, sebuah bilik guru perpustakaan, sebuah bilik kerja pustakawan, sebuah bilik capaian kendiri, dua buah bilik alat bantu mengajar, sebuah bilik utiliti dan bilik stor perpustakaan.

Lokasi Pusat Sumber Sekolah Sukan Malaysia Sabah terletak di Aras 2 iaitu dari pintu utama naik tangga sebelah kanan. Pusat Sumber SSMS disediakan kerana ia memainkan peranan penting dalam pembangunan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan prasarana kepada semua penggunanya iaitu para atlet murid, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Posted in Maklumat AM | Leave a comment

Slogan: Selangkah Ke Persada Ilmu

Posted in Maklumat AM | Leave a comment